top of page

Che Azmi Che Wil

PUSAT TUISYEN SISWA ( PTS) telah ditubuhkan pada tahun 2004 di Taman Eng Ann, Klang. Seawal penubuhan PTS, bilangan pelajar hanyalah sekitar 40 orang namun begitu kini jumlah pelajar di PTS telah mencecah hampir 250 orang.



        PTS menawarkan kursus subjek tunggal Bahasa Malaysia untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah (Tahun 1 - Tingkatan 5). Kebanyakan pelajar di sekitar daerah Klang dan Shah Alam.PTS menggunakan sukatan pelajaran yang diiktiraf sepertimana di sekolah-sekolah.



        Di peringkat awal penubuhan PTS, pelbagai cabaran dihadapi namun segalanya dihadapi dengan penuh yakin dan cekal. Kini, PTS telah membuktikan keupayaannya yang sebenar, banyak pelajar yang mengikuti kursus di PTS memperoleh keputusan yang sangat membanggakan. Sebilangan pelajar telah dipilih sebagai pelajar terbaik bagi subjek Bahasa Malaysia di sekolah masing-masing.

​

        Kedudukan PTS kini adalah setanding pusat-pusat tuisyen lain yang menawarkan kursus yang sama. Harapan kami, pada tahun-tahun yang mendatang lebih banyak pelajar PTS yang akan mencapai kejayaan cemerlang di peringkat sekolah dan peperiksaan sebenar.

PENGENALAN

CIKGU AZMI , nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pelajar  bermula sebagai tutor Bahasa Malaysia di IPTS sejak tahun 1987. Pengalaman luas beliau dalam pengajaran Bahasa Malaysia menjadi kayu ukur pencapaian cemerlang pelajar-pelajar yang mengikuti kursus beliau.   

        Beliau memiliki Sarjana Muda Sastera (Bahasa & Linguistik Melayu) dari Universiti Putra Malaysia pernah menjadi tutor khas Bahasa Malaysia atlet-atlet Sukan Komanwel( Malaysia ) dari Pasukan Lumba Basikal Malaysia dan Pasukan Hoki Wanita Malaysia selama 2 tahun . Beliau juga telah mengisi jawatan sebagai tutor Bahasa Malaysia dari tahun 2001 - 2002 di Fakulti Sastera , Universiti Malaya, Kuala Lumpur Beliau sering mendapat undangan untuk menyampaikan syarahan Bahasa Malaysia di peringkat SPM di beberapa buah sekolah menengah sekitar bandar Klang dan Shah Alam.

        Cikgu Azmi turut bergiat aktif dalam bidang penulisan sastera di akhbar-akhbar dan majalah-majalah tempatan dalam genre cerpen dan sajak. Karya-karya beliau sering tersiar dan keaktifan beliau dalam bidang sastera telah mendapat pengiktirafan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (lihat Nama-nama Pengarang Melayu 1900-1999).

© 2012 by Pusat Tuisyen Siswa.

Lawat Kami di:

Pusat Tuisyen Siswa

No. 26A, Tingkat 1,

Jalan Kasawari 8,

Kawasan 17,

Taman Eng Ann,
41150, Klang,
Selangor

 

Hubungi

H: 017-392 8589

   : 019-260 3264

O: 03-3324 4848​
 

bottom of page